Monday, 22 August 2011

puasa sunat 6 hari Bulan Syawal


puasa-puasa sunat,Sama ada enam hari di bulan Syawal atau yang selainnya amat dianjurkan dalam Islam dan memiliki ganjaran yang besar di sebaliknya. Rasulullah bersabda bahawa Allah berfirman: Setiap amal manusia adalah dirinya kecuali puasa adalah untuk-Ku dan Aku akan memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu). (Rasulullah melanjutkan):Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-NYA, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi ALLAH berbanding haruman kasturi. (Shahih Muslim, no:1151).

Hanya sebelum melaksanakan puasa sunat tersebut hendaklah dipastikan ia benar-benar dianjurkan dalam Islam berdasarkan rujukan kepada hadis-hadis shahih. Puasa enam hari dalam bulan Syawal misalnya, dianjurkan oleh hadis berikut, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengirinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun. (Shahih Muslim,no:1164).

No comments:

Post a Comment